Monday 20 January 2014

alhamdulillah :)

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya menghabiskan pelajaran aku di institut swasta. walaupun aku belajar di institut swasta aku tetap bersyukur kerana diberi peluang sambung belajar. cuma kekadang manusia tidak tahu bersyukur apabila asyik mengeluh , merungut dan terusan menyatakan menyesalnya menyambung belajar di institut swasta kerana terbeban dengan pinjamam ptptn. Tambahan pula, pandangan orang sekeliling yang memandang sinis kerana aku tidak sambung pelajaran di institut awam. aku juga tidak lepas daripada rasa begitu. betapa dungunnya aku kerana berperasaan begitu. Ya Allah ampunkanlah dosa hamba-Mu yang hina ini kerana pernah berasa menyesal dengan takdir pejalananku ini. Aku sepatutnya berasa bersyukur dan meneruskan perjalanan ku ini tanpa menoleh ke belakang.

Walaupun pelbagai cabaran yang aku terima semasa menyambung pelajaran, akhirnya semua ujian itu berjaya aku tempuhi bersama sahabat-sahabat suka-dukaku... Tahniah kepada sahabat-sahabat kerana berjaya menamatkan pelajaran kalian. Dan sekarang mereka sudah pun memulakan pekerjaan mereka. Semoga kalian semua berjaya. itu doaku. aku juga begitu, aku akan memulakan kerja pada bulan februari nanti. Semoga di alam pekerjaan akan memberi pengalam manis buat diriku. Cuma pintaku satu, aku perlu sokongan keluarga,teman dan sahabat untuk meneruskan perjalananku nanti.